Khasiat Limau
Nipis
![]() |
Limau Nipis |
1. Untuk
melembutkan nasi putih, perah sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi
2. Untuk
melembutkan telur, titikkan beberapa titis jus limau nipis sebelum menggoreng
telur.
3. Jus limau juga
dapat melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan memerap makanan laut ini
ke dalam perahan limau nipis.
4. Jus limau
nipis dapat menjadikan air gula menjadi putih dan dapat disimpan lama, ini
sesuai digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran dan penjual air yang
menggunakan air gula.
5. Jus limau juga
dapat menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam, atau daging lain.
6. Jus limau
mengandungi asid sitrik yang dapat menghilangkan lemak dan membantu menguruskan
badan, melegakan kesakitan perut dan memudahkan penghadaman. Minum segelas air
dengan jus limau tanpa gula untuk kesan yang lebih baik.
7. Jus limau juga
dapat membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
8. Jus limau
mempunyai unsur pectin yang berperanan untuk menyingkirkan toksin di dalam
badan, minum perahan limau nipis bersama dengan air setiap pagi.
9. Amalan meminum
air limau juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus, ini
kerana limau mengandungi kandungan vitamin c yang tinggi.
10. Potasium yang
terkandung didalam jus limau dapat membantu mengatur tekanan darah dan fungsi
jantung serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan melancarkan system saraf.
11. Limau nipis
juga dapat menghilangkan batuk yang tidak disebabkan oleh jangkitan tekak. Ini
kerana limau nipis mengandungi zat mineral seperti kalsium, porpor, potassium dan
besi. Makan sebiji limau dengan sedikit garam atau kicap. Limau tadi boleh juga
dipanggang sebelum dimakan, ini juga berkesan untuk melegakan selesema.
12. Potasium dapat membantu menyeimbangkan tekanan darah dan menguatkan
fungsi jantung, porpor pula dapat memperbaiki metabolism tubuh.
13. selain daripada itu, limau nipis dapat mengatasi ganguan ringan pada
tubuh seperti masuk angin.
14. Daun limau nipis dapat membantu menyurutkan demam dan selesema. Ambil 4
helai daun limau nipis kemudian rebus. Air rebusan tadi digunakan untuk menuam
pesakit yang demam, atau letakkan air rebusan tadi di dalam mangkuk besar dan
asapkan ke muka 5 ke 10 minit.
15. Limau Nipis juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok dengan
menghisap sehiris limau nipis apabila terasa ingin merokok.
16. Limau juga dapat membantu membersihkan nikotin yang sudah lama terdapat
pada gigi dan mulut, juga membantu memutihkan gigi.
17. Limau nipis juga dapat menghilangkan bau ketiak yang kurang
menyenangkan. Ambil hirisan limau nipis dan campurkan dengan kapur siri,
setelah mandi sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu
sebelum dicuci. Amalkan setiap pagi dan petang sehingga bau ketiak hilang.
Comments
Post a Comment