Bawang Putih

Ramai orang yang tidak suka dengan bawang putih. Sebenarnya bawang putih mempunyai khasiat yang sangat banyak dan dapat memberikan manfaat kepada kesihatan kita. Mari kita lihat apa khasiat bawang putih kepada kesihatan kita......

Bawang putih sebenarnya telahpun dijadikan bahan perapan dan ubat-ubatan sejak dahulu kala. Bawang putih juga banyak digunakan sebagai bahan mengelakkan roh jahat (Vampire@ drakula@ pontianak dsb) atau membuang sial. Masyarakat Yunani kuno mempercayai bahawa bawang putih mampu meningkatkan daya tahan badan.

 Bawang putih mengandungi pelbagai jenis vitamin dan zat seperti mangan, vitamin B6 dan vitamin C serta merupakan sumber yang baik daripada thiamin atau vitamin B1, fosforus, selenium, kalsium, potasium, zat besi dan tembaga. Selain daripada itu juga ianya mengandungi antioksidan dan Allicin yang menjadi bahan aktif utama.

Bawang putih dikatakan dapat dijadikan sebagai makanan tambahan bagi mengurangkan kolestrol dalam darah, melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, mengawal tahap gula dalam darah dan mencegah kanser. Pengamalan mengambil bawang putih dalam jangka masa panjang dikatakan dapat menurunkan paras homocysteine dalam darah dan mencegah komplikasi kencing manis.

Selain dariada itu, bawang putih juga dapat dijadikan sebagai makanan yang dapat mengelakkan gangguan pencernaan dan jangkitan kulat. Sifat bawang putih yang bakteriostatik dan bakteriocidal menyebabkan bawang putih sering digunakan sebagai penyah-jangkitan. 

Sifat bawang putih yang anti kolestrol juga menyebabkan bawang putih mampu mencegah penggumpalan darah dan menghalang pertumbuhan bakteria. Ini bermakna bawang putih mampu menjadi antibiotik semulajadi.

Bagi mereka yang sering selsema, bawang putih juga dikatakan mampu mengurangkan jangkitan dan membantu melawan selsema. Namun harus diingatkan bahawa ianya hanyalah suplemen alternatif dan perlu diambil secara berwaspada kerana ianya boleh menyebabkan pernafasan dan bau badan, menyebabkan ulu hati sakit dan kembung perut. Ini kerana selain berkhasiat, bawang putih juga mengandung zat beracun (yang rendah)

Comments