Daun Sirih

Daun Sirih mengandungi banyak nilai perubatan dan banyak diamalkan oleh orang-orang tua di kampung. Daun Sirih mengandungi komponen-komponen semulajadi yang berupaya bertindak sebagai antiseptik. Nama Saintifik bagi Daun Sirih ialah Piper Battle. Berikut merupakan sedikit sebanyak penggunaan daun sirih yang dapat memberi manfaat kepada kita.

1.Ari-ari Pedih

Ambil daun sirih bertemu urat, sebiji buah pala yang dibenamkan ke dalam abu panas,
sebiji pinang dibelah tiga bahagian.  Sapu sedikit kapur pada daun sirih dan amalkan
makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang selama tiga hari berturut-turut.

2. Asma

a) Tumbuk tujuh helai daun sirih sampai lumat dan campurkan dengan satu sudu teh lada putih
kemudian campurkan minyak kayu putih sehingga menjadi pekatan. Sapukan pada dada pesakit serta leher sehingga kesan sakit asma hilang.

b) Sediakan tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.
Rebus semua bahan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya.
Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

3. Barah

Ambil tiga helai daun sirih bertemu urat kemudian hancurkan sehingga lumat
campur sedikit kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu madu lebah.. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

4.Batuk atau Lelah

Tuamkan daun sirih yang telah ke dada atau minum air daun sirih (panaskan air dan masukkan daun sirih ke dalam air).

5.Bau Badan / bau mulut / bau hanyir dan sebagainya.

Untuk menghilangkan bau badan, Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi.
Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih. Boleh juga gunakan air mandian daun sirih ( panaskan air dan masukkan daun sirih ke dalam air sehingga air bertukar warna, gunakan untuk mandi, menghilangkan bau atau kumur)
Atau ambil beberapa helai daun sirih, ramas-ramas daun sirih dan biarkan di dalam air selama beberapa lama, gunakan rendaman air tersebut untuk menyiram bahagian yang bau atau sebagai mandian.

6.Bayi Selsema

Untuk melegakan selsema dan membantu pernafasan bayi semasa selesema, ambil beberapa tangkai daun sirih dan tekan sehingga mengeluarkan lendir. Sapu lendir tersebut pada hidung bayi.

7.Demam/demam panas

Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah.
Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, acara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda
yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

11. Gatal Vagina/kegatalan/kudis

Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih.
Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.
Ambil sedikit daun sirih dan tumbuk sehingga lumat, sapukan ke atas bahagian kudis. Lakukan beberapa kali sehingga kudis sembuh

12. Hidung Berdarah

Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya
untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

13. Sakit semasa Kencing

Sekiranya sakit semasa ingin kencing, ambil beberapa daun pepesan, daun sirih bertemu urat, daun pulasari dan 1 biji bawang merah.
semua bahan tadi digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

14. Keputihan

Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang.
Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

15. Muntah/ mabuk jalan

Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya.
Ambil sedikit daun sirih dan kunyah perlahan-lahan sehingga rasa mabuk hilang.

16. Payu Dara

Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana,
atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.
Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

22.Sakit Gigi/ sakit kepala

Kunyah sedikit daun sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.
Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Comments