Limau Nipis


Khasiat Limau Nipis
Limau Nipis

1. Untuk melembutkan nasi putih, perah sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi
2. Untuk melembutkan telur, titikkan beberapa titis jus limau nipis sebelum menggoreng telur.
3. Jus limau juga dapat melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan memerap makanan laut ini ke dalam perahan limau nipis.
4. Jus limau nipis dapat menjadikan air gula menjadi putih dan dapat disimpan lama, ini sesuai digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran dan penjual air yang menggunakan air gula.
5. Jus limau juga dapat menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam, atau daging lain.
6. Jus limau mengandungi asid sitrik yang dapat menghilangkan lemak dan membantu menguruskan badan, melegakan kesakitan perut dan memudahkan penghadaman. Minum segelas air dengan jus limau tanpa gula untuk kesan yang lebih baik.
7. Jus limau juga dapat membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
8. Jus limau mempunyai unsur pectin yang berperanan untuk menyingkirkan toksin di dalam badan, minum perahan limau nipis bersama dengan air setiap pagi.
9. Amalan meminum air limau juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus, ini kerana limau mengandungi kandungan vitamin c yang tinggi.
10. Potasium yang terkandung didalam jus limau dapat membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan melancarkan system saraf.
11. Limau nipis juga dapat menghilangkan batuk yang tidak disebabkan oleh jangkitan tekak. Ini kerana limau nipis mengandungi zat mineral seperti kalsium, porpor, potassium dan besi. Makan sebiji limau dengan sedikit garam atau kicap. Limau tadi boleh juga dipanggang sebelum dimakan, ini juga berkesan untuk melegakan selesema.
12. Potasium dapat membantu menyeimbangkan tekanan darah dan menguatkan fungsi jantung, porpor pula dapat memperbaiki metabolism tubuh.
13. selain daripada itu, limau nipis dapat mengatasi ganguan ringan pada tubuh seperti masuk angin.
14. Daun limau nipis dapat membantu menyurutkan demam dan selesema. Ambil 4 helai daun limau nipis kemudian rebus. Air rebusan tadi digunakan untuk menuam pesakit yang demam, atau letakkan air rebusan tadi di dalam mangkuk besar dan asapkan ke muka 5 ke 10 minit.
15. Limau Nipis juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok dengan menghisap sehiris limau nipis apabila terasa ingin merokok.
16. Limau juga dapat membantu membersihkan nikotin yang sudah lama terdapat pada gigi dan mulut, juga membantu memutihkan gigi.
17. Limau nipis juga dapat menghilangkan bau ketiak yang kurang menyenangkan. Ambil hirisan limau nipis dan campurkan dengan kapur siri, setelah mandi sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dicuci. Amalkan setiap pagi dan petang sehingga bau ketiak hilang.

Comments